Thursday, 4 October 2012

Cinta itu indah

BILA BERBICARA TENTANG PERKAHWINAN...

 Ada sesuatu yang aku nak share tentang alam  perkahwinan aku...walau aku tahu ia bukan 1 contoh yang sempurna...tapi aku berbangga mendapat sebahagian darinya.... Dalam usia yang hampir sedekad... aku masih merasai nikmat dunia percintaan aku..

 Waaaahhhhh....sesuatu yang aku sendiri x pernah duga...begitu bahagianya sebuah perkahwinan...

Usia yang baru menjangkau 31 tahun ( muda lagi ni....hehehe...) aku telah mempunyai 3 orang permata hati...Seorang putera dan dua puteri...usia dalam lingkungan 5-8 tahun... ( cepatkan....setahun sorang tu.....hahaha.....)

Dulu aku pernah terfikir mampukah aku jadi seorang isteri dan ibu yang baik.... Dan sekarang juga aku tidak terfikir yang aku seorang isteri dan ibu yang baik... tapi aku telah cuba sedaya upaya aku untuk menjadi isteri dan ibu yang baik....Jadi atau tidak... aku belum pernah bertanyakan soalan itu pada suami dan anak2 ku...( aku rasa dah sampai masa ku tanya pada mereka...kita lihat apa jawapannya nanti). Tapi anak2 ku telah berikan label...aku mama yang garang... macam Gorila....oh my God...Really???? Sedih ada geram pun ada...tp selebihnya aku rasa lucu sebab... walau aku garang...kat aku jugalah mereka nak minta apa pun...x paham aku....

Aku bukan seorang yang penyabar... aku tengok anak2aku pun banyak sikap tu.... tu la orang selalu kata...anak2 mencerminkan ibu bapa...aku telah dididik macam tu... dari kecil anak2 aku lebih banyak habiskan masa dengan aku... walaupun aku bukan fully housewife tau!!!!, I'm a working mother. Sebab sesibuk mana pun aku...anak2 xkan lepas dari pandangan aku...Nasiblah...company aku tu x banyak songeh....hehehe.... Bawa anak pi keje...ada ke orang buat camtu...x tahan....i really love this company soooo muuuuch... thanks for everything... sebab company ni aku x terlepas perkembangan anak2 aku... But works is works... jangan culas.... hahaha... aku cuba sebaik mungkin...walaupun kekadang aku terpaksa bekerja sampai lewat malam... tapi aku puas.

cite pasal keje dan anak mmg xkan habis...melalut dah la nih...\.dah tua dah...biasa lah penyakit orang tua... sebenarnya aku nak share tentang hubungan dalam perkahwinan. Orang selalu kata ...kawin muda mesti banyak masalah...Aku Kawin masa umur aku 22 tahun.... ( muda giler....) Hampir sedekad, buat waktu sekarang belum pernah lagi ada masalah yang kritikal...mungkin kerana kami hidup seadanya. Seada-adanya....oh sayang....thank you so much for everything...

Komunikasi tu penting... komunikasi mmg kunci segala-galanya...aku tak tahu macam mana nak melalui satu hari tanpa aku berkomunikasi dengannya.... aku sedih bila ada orang beritahu aku jarang sekali datang berbual dengan suami.... How could be???? Duduk serumah... tidur sekatil...tapi tak bersembang... aku rasa lucu..tapi aku kena akui mmg ada orang yang mengalami...bila ada waktu, aku dan abang agak sibuk yang keterlaluan ( maklumlah tuntutan kerja...kadang2 lebih dari yang sepatutnya ) sebaik mungkin kami akn cuba cr masa untuk berdua. itu mmg cabaran. sebab kesibukan, keletihan dan kerenah anak2 mmg menguji kesabaran.

Nasihat aku mudah... bila kedua-duanya bekerja... ada anak2 ( macam aku La....)  peruntukanlah sekurang-kurangnya 1 jam sehari untuk berbual berdua... seelok2nya sebelum tidur... berbual la apa saja... kerja, hobi, politik...dll...kalau ada anak...cite pasal anak... biasanya cite pasal anak mmg tak pernah abis... tu la bahagianya hidup berumahtangga. kita sentiasa ada kawan dan sahabat utk berkongsi cerita dan bergurau senda...x bagus ke macam tu...kadang kala masa yang singkat tu boleh menjernihkan apa  saja keadaan dan merungkai apa jua rahsia....

Ada sesuatu yang aku amalkan dari awal perkahwinan sampai la sekarang....aku tak pernah lupa ucapkan I Love You  sehari sekali... Aku rasa aku mmg romantik orangnya...Oooppppsss!!! Penyayang dan manja...je rasanya... Kalau nak tahu jarang sekali aku tidak menghantarnya sewaktu abang keluar bekerja... aku akan pastikan tangan abang  ku salam dan akan ku berikan ciuman sebelum abang pergi. Aku akan  berasa ralat kalau ter "miss" sehari... aku x pernah rasa jemu buat semua tu... Sememangnya aku sentiasa menyintainya dan semakin menyintainya.

Tipulah kalau aku kata kami x pernah bertengkar.... but aku bersyukur dengan kematangan yang Allah S.W.T kurniakan kat aku. Aku cepat gak melatah orangnya tapi bukan orang yang belasah je...apa saja tindakan atau kata-kata yang aku nak keluarkan selalunya akan aku saring dan cerna abis2. aku tak suka pepatah melayu lama..."Telajak perahu boleh undur, Telajak kata.... " sambunglah sendiri.....aku tak suka memanjangkan isu...kalau sesiapa yang mengenali aku..pasti akan tahu macammana perangai aku... Dan suamiku... aku rasa dia juga amat mengenali isterinya.
Sayang...don't ever try to cross the line or over the limit... k... hahahaha.... ( bertanduk dah kepala aku...) Dalam perkahwinan...jangan sesekali bertindak ikut emosi...gunakanlah akal terlebih dahulu.... jiwa kacau tu...uruskan kemudian... Percaya tak?? bila kita guna akal, kita dapat mempengaruhi orang....bila guna emosi... selalunya kita akan sakit dan menyakiti. Yang pasti akan lebih sakit hati.

Aku agak manja dan sedikit penakut dan mengada-ngada orangnya...aku susah nak tidur kalau abang x ada. aku kena pegang tangannya baru boleh lena... masa anak aku kecil-kecil... mereka suka berebut dengan aku... ( sampai sekarang gak...cuma kekadang je..sebab sekarang mereka dah belajar tidur bilik sendiri.....Fuuuhhh! lega rasanya..)Dah jadi habit aku kena tidur dengan memegang tangannya. Maaf lah kalau orang kata tidur lena berbantalkan lengan suami...tidak bagi aku... aku akan sakit badan dan sakit kepala pagi esok... Sape yang akan susah nanti...???? aku jugak kan...Tp sebaik-baiknya tidurlah dengan mengadap wajahnya... Tapi abang pelik cket...dia boleh tahu kalau aku sedang memerhatikannya...Pelikkan... sudahnya...dia x boleh lena...Saat aku genggam jarinya dan pejam mata...kami akan sama2 terlena... itulah syurga dunia...harapan dan doaku biarlah kami bersama di dunia dan akhirat nanti... 

Tak perlu tidur berbantalkan lengan suami kalau rasa x selesa... tetapi amalkanlah memegang jemarinya sebelum terlena....mohonlah keampunan dan kemaafan darinya. InsyaAllah.... pagi kita akan lebih bahagia.

Aku agak degil orangnya. tapi abang amat penyabar orangnya. Sekali-sekala je degilnya keluar. Sikap sabar dia memang aku x boleh "beli" kat mana-mana pun...Bayangkan sikap degil, garang dan tegas di gabungkan sekali...apa hasilnya...itulah aku...kalau nak tahu....sikap kami mmg berbeza...Aku amat bersyukur dengan sikap sabarnya itu....Jarang sekali dia meninggi suara. Syukur alhamdulillah, sikap saling menghormati antara kami masih tebal sampai sekarang. Aku bersyukur atas kurniaan-Mu Ya Allah. Kurangkan sikap-sikap negatif yang ada dalam diri kita walaupun x boleh buang sepenuhnya. Belajar lah menjadi seperti pasangan kita. Pasti dia akan lebih menghargai kita. Apapun yang kita usahakan dan lakukan untuk memastikan rumahtangga kita bahagia dan kekal sampai syurga takkan berjaya tanpa Agama. Andai rumahtangga yang dibina BAHAGIA, ingatlah pada ALLAH S.W.T. Bersyukurlah...Begitu juga sebaliknya.... Andai DERITA yang melanda, kembali juga kepada ALLAH S.W.T. Pasti ada hikmah disebaliknya. ALLAH S.W.T itu adil.  Kita sebagai hambaNya bersyukur dan bertawakallah.

Sharing is caring.... Aku suka pepatah ni. memang hidup berumahtangga kita perlu share dalam segala-galanya. Apa yang aku share dalam ni just untuk peringatan bersama.... Aku bukan la seorang pakar motivasi atau penasihat.... Aku cuma nak share dengan mereka-mereka yang baru melangkah ke alam perkahwinan atau yang sedang merancang ke arahnya. Percaya lah...x salah kawin muda kalau kena pada tempatnya.

Aku juga memerlukan nasihat dan pandangan....
Sudilah kiranya kita berkongsi maklumat, kisah2 serta petua2 dengan memberi komen pada Post ini....











Thursday, 30 August 2012

Hari Raya 2012

 Kenangan Hari Raya 2012. 

Wahai........

Keluargaku Sayang....
Tiada Insan sepertimu..
Tiada Cinta setulusmu...
Tiada Kasih sedalammu...
Tiada Sayang sejujurmu...

Duhai....

Keluargaku Kasih...
Tiada harta senilaimu...
Tiada budi seluhurmu...
Tiada Kata seikhlasmu...
Tiada hati sehalusmu...

Alahai....

Keluargaku Cinta...
Tiada harga untuk dirimu...
Tiada ruang bukan untukmu... 
Tiada Masa bukan bagimu...
Tiada langkah bukan padamu

Sesungguhnya...
Sayang, kasih dan cinta hanya padamu..





 


Tuesday, 14 August 2012

SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD

What I got to do to make you love me? 
 What I got to do to make you care?  
What do I do when lightning strikes me?  
And I wake to find that you're not there
 
What I got to do to make you want me?  
What I got to do to be heard?  
What do I say when it's all over babe?  
Sorry seems to be the hardest word
 
It's sad, so sad, it's a sad, sad situation  
And it's getting more and more absurd 
 It's so sad so sad, why can't we talk it over?  
Oh, it seems to me  
That sorry seems to be the hardest word

 What I do to make you want me? 
 What I got to do to be heard? 
What do I say when it's all over?  
Sorry seems to be the hardest word
 
It's sad, so sad, it's a sad sad situation  
And it's gotten more and more absurd  
It's sad, so sad, why can't we talk it over?  
Oh it seems to me  
Sorry seems to be the hardest word
Sorry
What do I do to make you love me?  
What I got to do to be heard?  
What do I do when lightning strikes me?  
What do I got to do?
 What do I got to do?  
When sorry seems to be the hardest word

Monday, 13 August 2012

IF SOMEONE ASK YOU ABOUT LOVE....

 LOVE is.............

  • nothing without believing, trusting and loyalty

    • someone you care about, someone you want to share your life with. Sharing and caring.

      • universal...

        • something you cannot touch and keep for yourself

          • something you can't get the same as you give

            • need more sacrificed

  • not permanently

    •  give you strength, happiness and heart break in the same time. 

    • communications

      •   religious

        • peaceful

          • you can't buy and pay for it.

            • and more and more and more

               

              Believe it or not.... 

              LOVE is YOURSELF

Muhammad Aliff Najmi bin Jasni





Seindah namanya....MUHAMMAD ALIFF NAJMI BIN JASNI ( 31 OKTOBER 2004 )

Buah hati pengarang jantung mama...anak lelaki sulong dan tunggal ( buat masa ni....hehehe...)
Kelahirannya satu keajaiban yg tak mungkin akan dilupakan... Kelahiran yang disaksikan papa dan mama...Agak kasar, cerewet dan aggresif orangnya. Namun naluri seorang abang tetap kuat dalam dirinya.

Dialah teman dan sahabat yang boleh diajak berbincang dan berbicara... yang kadang-kala jauh dari usianya...

Mama dan papa amat menyayangi abang,,, Sentiasa ingat...marah kami kerana sayang... Kami sentiasa inginkan yang terbaik untuk abang....


TEMAN  RAPAT bintangku.....

Nasreen Tihani Binti Jasni

Anakku yang paling kecil...





Add caption










Kalau diingatkan....melahirkan dan menjaganya sewaktu berpantang amat mudah. Mungkin kerana statusnya yang mempunyai kakak dan abang yang jarak usia agak rapat...

Tapi ujian membesarkannya setelah usianya 3 tahun... Keluar masuk hospital perkara biasa... sangat menguji kedua ibubapanya... Namun dia lah buat hati mama dan papa....

Mama dan papa sayang adik... Kami akan sentiasa bersama adik....

NASREEN TIHANI BINTI JASNI
11 SEPTEMBER 2007






Nurin Batrisyia Binti Jasni.





 Cahaya yang cerdik....Itulah makna bagi namanya... buah hati papa tetapi sedikit "panas" dengan mama. Mungkin kerana wajahnya yang sememangnya "copyright" mama. tambahan pula dengan statusnya sebagai anak ke 2. But I do love her soooo muuuuch....

NURIN BATRISYIA BINTI JASNI
16-2-2006